Sunday, July 18, 2010

Remuk

Bila sudah ada kekasih, kau terus terang saja pada mantan-mantan yang masih berhubung rapat sama kau. Supaya mudah, tak perlu nak berdolak-dalik bila mereka sudah tahu.


Dan supaya mereka tahu, kena hands off you. Tak ada lah mereka sibuk memasang harapan yang beriya kau taburkan. Baik lelaki, baik perempuan.


Let say kau tak beritahu, kemudian satu hari mereka tahu juga, kau admit saja. Angguk dan iyakan saja. Sudah terang lagi bersuluh, apa lagi mahu nafi. Kau pun jangan ingat mereka tagih sangat sayang kau. Kisah sudah lepas, kalau dua-dua sudah boleh move on dan berpacaran baru, maka tiada isu.


Cuma isunya wujud bila kau masih nak karang cerita, tentang sekian-sekian sebab musabab kau berpacar baru. Bersebab atau tidak, munasabah atau tidak, hakikatnya tetap sama. Kau sudah ada kekasih baru. Jadi, segala usaha untuk men-justify-kan basis percintaan kau adalah tidak relevan. They just don't care, for it will not change a thing.


Hanya dua puluh sen I. Juga applicable sekiranya sudah bertunang dan berkahwin.


Truth hurts. But let's not forget;

Karma is a bitch.


No comments: