Saturday, July 31, 2010

Praktikal

Di pejabat I sekarang sudah ada seorang budak praktikal. Baru masuk lebih kurang dua minggu lepas. Disebabkan I staf yang lebih senior, ditambah dengan kesibukan bos-bos I, jadi sudah tentulah tanggungjawab membantu dan mengajar budak praktikal tersebut jatuh di atas bahu I.


Maka bersungguhlah I mengajar apa yang patut, bagaimana nak menggunakan sistem itu ini, bagaimana berurusan dengan bank dan sewaktu dengannya.


Bila masuk alam praktikal, walaupun kau tak pernah ada pengalaman bekerja, kau kena hold on pada ilmu teori yang kau pelajari semasa di kampus. Macam dalam bidang akaun ni. Walaupun pada dasarnya budak ni tak pernah langsung bekerja, tak bermakna lah dia boleh leka tak tahu apa-apa langsung, to the extent jurnal entri transaksi biasa pun I kena beritahu satu persatu.


Dia datang berpraktikal bagaikan sebiji tin kosong yang kalau kau ketuk, memang bisinglah bunyi tin tu. Analogi mudah la kan. Datang berpraktikal tanpa ada ulang kaji, tanpa sebarang preparation. Kadang-kadang I terfikir, apa benda yang dia belajar di kolej kalau benda simple macam ni pun tak tahu.


Paling tak tahan bila skil berbahasa Inggeris dia sangat lemah. Kau bayangkan bila dia tanya maksud wages, depreciation, vendor, secretarial fee pada I. Oh tak lupa juga soalan cepu emas dia baru-baru ni.


Di pejabat, ada sebuah water dispenser, yang mana boleh dipilih sama ada mahu air panas atau sejuk. Dia bertanya pada I;

'Kak, air panas belah mana? Yang merah ke yang biru?' (merujuk kepada dua corong air)


Sekarang kau bagitahu, wajar tak I jadi grumpy sekarang?



Dan I perasan, budak praktikal ni suka bercakap sorang-sorang.


No comments: