Saturday, July 17, 2010

The Good Son (Tertakluk Kepada Golongan Majoriti)

Kawan-kawan rapat I selalu kompelin tentang masalah domestik famili mereka. Berkenaan ketidakpuasan hati terhadap adik-beradik lelaki mereka, yang seakan-akan tidak berfungsi langsung di rumah, hanya tahu makan dan tidur dan menyepahkan isi rumah. Berkenaan adik-beradik perempuan yang overworked, asyik saja dibebani dengan semua kerja rumah. Juga berkenaan treatment mak ayah terhadap anak-anak turut berlainan, di mana anak lelaki selalu tidak diapa-apakan, walhal anak perempuan selalu dijaga-jagakan.


Bak kata orang, jaga anak lelaki ni mudah, tapi kalau jaga anak perempuan, susahnya macamkan membela sekandang lembu. Gila fucker punya kata bidalan.


Sebenarnya, I juga banyak kompelin tentang isu yang sama. Siap pernah luahkan pada mak. Tapi biasalah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan tanggung sendiri. Kebanyakan mereka yang rapat dengan I tahu betapa I musuh benar dengan abang I. Ini bukan kes middle-child syndrome. Kalau tak, masakan adik I boleh menyimpan pendapat yang sama seperti I.


Orang Melayu ni cara hidupnya unik. Untuk anak perempuan, segala ilmu ekonomi rumah tangga diturunkan, dipaksanya mereka belajar. Tujuannya satu. Nanti dah kahwin, takde lah malu dengan keluarga mertua. Ilmu memasak tu nombor satu. Tak pandai masak nasi, tak boleh kahwin. Tak pandai itu, tak boleh ini. Macam-macam lah peraturan. Itu belum lagi masuk bab penjagaan sosial.


Anak perempuan tak boleh balik malam, paling lambat sebelum Maghrib. Cuba lah kau balik pukul 10 malam, tak pasal-pasal kena pelempang malam tu juga. Kemudian, tak boleh keluar dengan lelaki, kawan dengan lelaki pun mesti seminimal mungkin. Anak perempuan juga mesti cemerlang di sekolah. Tapi secemerlang mana pun kau, prioriti utama adalah ilmu ekonomi rumah tangga. Sebab tu, orang dulu-dulu pun cakap, sepandai-pandai pun kau perempuan, duduk di dapur juga nanti, jadi tak payahlah belajar tinggi-tingi, nanti kalah lelaki. Ini satu lagi pepatah neraka.


Cara orang Melayu tipikal membesarkan anak perempuan memang sangat berbeza dengan anak lelaki. Berat sebelah memang tak payah cakap lah. Anak lelaki saja yang mesti lebih, mesti selesa, mesti utama, mesti kenyang, mesti itu, mesti ini. Anak perempuan mesti macam orang gaji. Mak kau dulu pun macam tu bila nenek kau besarkan mak, so sekarang turn kau pula Nurul Fatiha untuk rasa sengsara tu. Hidup untuk keselesaan anak lelaki.


Majoriti anak lelaki Melayu dibesarkan begini. Masuk saja darjah satu, sudah dibiar-biarkan. Alah, biarlah budak lelaki, memang selalu saja bergaduh. Alah, budak lelaki baru nak membesar, nanti dah besar pandai lah dia belajar sendiri.


Anak lelaki nak itu, itu diberikan. Mahu ini, ini diberikan. Sedari kecil, tak dididik betul-betul. Lepas makan, terus cuci tangan, padahal pinggan dibiar atas meja. Nak mandi, baju dicampak-campak saja dalam bilik, nanti mak atau adik perempuan akan kutip satu persatu seluar dalam. Nak makan, mereka hanya perlu duduk saja di kerusi makan, makanan akan dihidangkan. Sebab apa? Mudah saja. Kerja-kerja ringan sebegini sejak dari zaman Paleolitik lagi sudah menjadi kerja wanita. Lelaki dipertanggungjawabkan untuk membuat kerja-kerja yang berat, seperti memburu binatang dan membina tempat berteduh. Maka, sifat macam ni terbawa-terbawa sehingga ke akhir zaman ni.


Kerja ringan, perempuan buat. Lelaki buat kerja-kerja berat saja. Hey, kau cuba bagitahu, zaman sekarang ni relevan lagi kah pergi berburu? Dan siapa yang bina rumah sekarang kalau bukan buruh kasar? Lelaki Melayu sekarang mana ada lagi yang kena buat kerja berat. Paling berat pun ialah membuat anak. Tukar mentol rumah pun kadang-kadang ada yang panggil electrician.


Atas sebab ini lah I sangat tak suka sama abang I, yang hanya tahu membongkang tidur sampai ke petang, malam hari keluar sampai ke pagi. Aktiviti biasa setiap kali dia balik dari bekerja di pulau. Bila I kompelin sama mak, beliau hanya boleh mengeluh. Yes, silap masa lampau, apa boleh buat. Mohon ampun saja pada Tuhan moga dilembutkan hati lelaki ini. Sudah lah kadang-kadang hilang hormat sama mak ayah. Ayah juga tidak menegur, mungkin ketika zaman muda, beliau juga begitu. Yang sakit hatinya, mak masih saja mahu menyiapkan makanan untuk dia, mengemas bilik untuk dia. Anak, air dicincang tak akan putus. I faham dilema begini. Cuma acapkali I cuba nak rasional-kan.


Nasib baik juga abang I bukan mat rempit, cuma menghadapi masalah anak lelaki Melayu tipikal yang malas menggalas tanggungjawab yang disyariatkan agama Islam. Lelaki-lelaki begini, cakap saja pandai. Contohnya, lelaki boleh berkahwin empat jikalau mampu. Ada hati pula nak pasang empat. Kau mungkin mampu dari segi material, bai. Dari segi tanggungjawab, apa kau betul-betul mampu? Puasa Ramadhan pun tercirit-cirit, nak bercakap soal nikah lagi.


Mungkin you boleh kata pendapat I berat sebelah, hanya mengambil kira sisi anak perempuan saja. Tapi you know what, in my family, I was raised that way. That weird funny way. Cuma I tetap puji mak ayah I dalam bab-bab lain. Tapi kalau bab membesarkan anak lelaki, I sangat pelik dengan cara mereka, cara orang Melayu secara dasarnya.


Kadang-kadang, bila I bangun pagi pada hujung minggu, I selalu menjenguk ke luar tingkap bilik. Dan I selalu ternampak jiran berketurunan Tiong Hua I yang berumur 17 tahun sibuk menjemur pakaian di ampaian. Kemudian menyapu dan mengemop laman rumah. Menariknya, dia budak lelaki. Setiap kali I lihat situasi begini, I selalu mengenangkan abang I yang pada waktu kejadian, sedang enak diulit mimpi setelah penat terkinja-kinja pada malam sebelumnya.


Jiran Melayu sebelah rumah I pun menghadapi dilema yang sama. Anak lelaki dewasa dan kanak-kanak mereka sikit punya hazab biadap. Tak puas hati saja, ditendang-tendang pintu rumah, dicampak-campak perabot, terjerit-jerit meninggi suara, babi kau babi mak sana-sini. Kami jiran sebelah rumah terpaksa membuat pekak saja.


Pernah suatu masa, ayah I mengadu pada makcik jiran sebelah tentang anak lelakinya yang masih bersekolah rendah asyik play truant. Acap kali ponteng sekolah. Mahu tahu apa respon makcik ini? 'Hmm kalau saya tegur, mesti mengamuk budak ni.' Ayah I terdiam. I yang menjadi pendengar cerita second hand juga terdiam. Kalau sudah takut sama anak lelaki, apa boleh buat. Mesti sudah screwed up habis hidup kau. Termasuklah hidup anak lelaki bertuah kau. Sebab tu I jadi marah dengan mak ayah yang tahu beranak saja. Anak ditatang-tatang. Kalau I, sudah lama I lempang.


Satu hari juga, I ke bank. Kemudian, datanglah sepasang suami isteri bersama anak perempuan mereka yang berumur kurang 4 tahun. Anak ini berlari sana-sini di dalam bank, cuba mencuri-curi masuk ke dalam bilik staf. Menampakkan hal ini, I tegur kakak tersebut. 'Kak, anak akak tu berlari-lari.'


Sambil tersenyum, kakak ini tergelak. Seraya berkata; 'Biarkan dia. Saya mahu dia jadi berani. Dari sekarang mahu train supaya tak takut orang.'


I diam. Dalam diam, I maki dalam hati. Bodoh piang punya mak ayah. Berani apa yang kau cuba nak tegakkan? Satu hari nanti, bila budak ini berani melawan, berani mencarut, berani melacur, kau ingat teguran aku di bank tempoh hari.


Entri ini I memang betul-betul marah. Semuanya disebabkan seorang lelaki Melayu yang tidak dikenali secara tiba-tiba menjeling I sambil melemparkan kata-kata nista berbunyi begini;


'Macam lah tak ada lelaki Melayu you boleh keluar dengan.'



Sonofabitch!


3 comments:

Anonymous said...

Babe, 101% agreed. Contoh dah ade depan matelah. "Men" in our lives. hahaha

Anonymous said...

Babe, 101% agreed. Contoh dah ade depan matelah. "Men" in our lives. hahaha

11:57:03 said...

Kan? Very typical.