Wednesday, September 15, 2010

Fetish

1) I suka lelaki yang berbulu. Lelaki berbulu selalu di-associatekan dengan bad body odour disebabkan peluh melekat pada bulu-bulu mereka maka;


2) Lelaki tersebut mestilah wangi, yakni berkawan baik dengan minyak wangi, deodorant segala jadah. My biggest turn off in men is when they either have bad body odour or they don't produce any odour at all.


3) Mereka yang menaip menggunakan ejaan yang penuh merupakan antara manusia kegemaran I. Serius I akan respect habis. To me, cara kau menulis menunjukkan sejauh mana daya intelek kau. Memang bias, sebab tak semuanya macam tu. Tapi, I berani jamin, 90% orang yang menulis guna macam-macam short form jahanam adalah manusia yang tak berapa berkualiti otak mereka, walaupun belajar tinggi.


4) Buat masa ni, I sangat tertarik dengan sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang architecture, baik bekerja ataupun belajar. Kalau dulu, budak law. Hakikatnya, I selalu stuck up dengan mereka yang terlibat dalam bidang kejuruteraan, terutamanya elektrik. Ah bosan. Minta maaf, budak line accountancy tak pernah termasuk dalam kategori kegemaran I.


5) Tak lupa juga mereka yang fasih berbahasa Inggeris. Tak perlu slang British ke apa, fasih saja sudah cukup. Sebab I suka berbual dalam Bahasa Inggeris, even dengan kawan baik I pun. Bahasa Melayu bukan tak best, cuma kau faham-faham saja lah orang Melayu dengan obsesi Bahasa Melayu dia. Padahal SPM pun dapat 6C. Sebenarnya tak penting pun untuk mention, tapi I nak tulis juga. I dapat A1 untuk paper Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa ibunda I lagi bagus daripada kau-kau yang mengutuk aku suka berbahasa penjajah. Yang kau kaki tengok bola Liga Inggeris, berjoget sakan dengar lagu Lady Gaga tu tak macam perangai penjajah?

Melayu dengan Melayu, kadang-kadang suka berperangai bangsat. Kalau Mat Salleh datang KL, bukan main lembut gigi dari lidah. So much holier-than-thou.


6) Disebabkan kata carutan dalam Bahasa Melayu kebanyakkannya berbunyi lebih keras, maka I gemar mencarut dalam bahasa ibunda. Contohnya bangsat. Sekufu Bahasa Inggeris dia ialah sonofabitch. Sama-sama keras.


7) India. I memang nak sangat pergi sana. Semuanya disebabkan I nak cuba naik keretapi di sana, nak cuba teroka kehidupan orang di sana. I rasa India akan beri I banyak pengajaran untuk dipelajari. Life wise.


8) Filem perang. Dalam bahasa apa jua. Cerita terbaik kategori ini masih lagi 'Saving Private Ryan' dan 'The Pianist'. I suka storyline yang melibatkan Nazi dan Yahudi. Kalau orang lain menonton filem untuk menenangkan minda, maka mereka memilih filem bergenre ringan, I pula menenangkan minda dengan menonton filem bergenre berat. Lagi pecah kepala I untuk cuba memahamkan sesebuah filem, lebih tenang minda I. Twists dalam storyline adalah orgasm untuk I.

Begitu juga dengan filem bergenre sarcastic dan politik. Dahulu kala I bercita-cita untuk menjadi peguam, jadi tak hairan lah kot I minat menonton filem-filem begini. Antara all time favourite adalah 'Munich' dan 'Inglourious Basterds'. Tak ramai yang boleh faham dengan filem genre sarcastic, yang mana ia menjadi satu kelebihan buat I, kerana I boleh faham.


9) Gadgets. I merupakan seorang hantu gadget yang mild, di mana I suka bertukar ganti barang berteknologi setelah I bosan dengan barang sedia ada. Buat masa ini, I sudah ada Mac Pro dalam koleksi. Xperia juga. Canon EOS juga. I bercadang untuk menambah sebuah lagi telefon bimbit, kemungkinan besar akan membeli sebuah Blackberry.

Faktor trend mungkin menjadi titik tolak kepada kegilaan I bergadget. Dan I mempunyai sebuah gitar akustik, walaupun masih belum tahu memainkan gitar tersebut. Niatnya mahu belajar, buku not muzik sudah ada.


10) Tempe, durian dan sandwich. Setiap tengah hari ketika lunch break pejabat, sekiranya I makan nasi berlauk, I akan memilih tempe sebagai lauk utama dipadankan dengan sayur. Tempe kentang dan sayur. Memang menu wajib, in fact, itu saja menu I kalau bernasi campur.

I juga hantu durian. I pernah makan durian untuk sarapan, makan tengah hari, makan petang dan malam. Tanpa menjamah sebutir nasi dan apa jua makanan lain sekali pun. Malah, I tiada masalah langsung kalau disuruh tidur bersebelahan dengan durian. Bau durian adalah harum bagi I. Selain itu, I mahir mengopek buah durian. Lelaki kegemaran I juga hantu durian. Tapi I tak gemar akan minat dia terhadap durian. Setiap kali dia berdurian, I akan mengenakan satu undang-undang mandatori. Never kiss me when you smell of durian. I memang sangat tidak aci.

Sandwich adalah makanan kegemaran I. Tak kisah lah apa jenis rupa sandwich pun, termasuklah shawerma. Kalau disuruh memilih antara nasi dan sandwich, I tak teragak-agak untuk memilih sanwich. Sampai ke tahap I merasakan sandwich yang dihidangkan oleh AirAsia adalah sangat sedap. Walaupun sandwich dia bodoh simple saja. Mungkin sebab I bodoh kot. Heh.


11) Apa-apa yang namanya bermula daripada huruf J. Semua nama barang-barang I berpangkalkan huruf J. Kamera I bernama Joni, gitar dipanggil Jeezus, sarung kotak tisu berupa harimau dipanggil John Tiger, Xperia dinamakan Johan. Macbook bernama Jeremi.


No comments: