Tuesday, August 17, 2010

Pengaruh Penjajah Lahanat

Masyarakat kita sedikit bias bila lebat berhujah tentang penjajah. Berbahasa Inggeris ketika berbual dilabelnya mengagungkan bahasa penjajah. Berkawan dengan Mat Salleh British dilabelnya cium punggung penjajah.


Kita jadi super racist bila masuk bab kebaratan. Apa-apa yang Barat adalah penjajah, terutamanya dari Great Britain. Okay, Lady Gaga dan BPL tak termasuk dalam isu ni. Macam I cakap, masyarakat kita bias, amalkan double standard. Apa yang kau tak mampu, itu kau kata hedonistik. Apa yang kau buat, itu kau kata menyahut kemodenan dan kebebasan bersuara.


Agak-agak kalau I buat keputusan untuk masuk kelas Bahasa Belanda dan Portugis, isu penjajah akan timbul tak? Ataupun I bertutur lebat dalam kedua-dua bahasa tersebut, akan dilabel mengagungkan penjajah tak?


Definitely tidak. Kenapa?


Sebab masyarakat kita mana boleh beza biji butir bahasa selain daripada bahasa ibunda dan Inggeris. Macam I cakap, kita ni pengamal double standard yang paling jitu.


Kawan I minat sungguh dengan drama Jepun, to the extent cara pemakaian dia dah macam orang Jepun. Bahasa Jepun pun sikit-sikit dia boleh bertutur. Tapi langsung tak dilabel mengagungkan penjajah. Malah dipuji, maklumlah, dasar pandang ke timur lah katakan. Padahal, kalau mahu ikutkan sejarah, regim Jepun waktu zaman penjajahan merupakan yang paling ganas kalau dibandingkan dengan penjajah-penjajah lain. Selamba pancung kepala, bakar bas.


British yang bagi kita kemerdekaan dengan cara damai (okay, credit kepada Tunku Abdul Rahman dan mereka yang terlibat), dan sudah tentu mengikut clauses dan conditions yang mereka mahu. Tapi lama kelamaan kita bebas terus dari payung British. Cuma biasalah, bila kita sudah lama bermandi peluh dengan British, sedikit sebanyak budaya dan gaya mereka kita ambil. Macam Indonesia dengan Belanda lah kan. Macam Filipina dengan Sepanyol lah kan.


Macam I cakap, when it comes to English and British, semuanya mengagungkan penjajah. Eceh.


2 comments:

Superman's Girlfriend said...

Kalau agungkan Papua New Guinea, bagaimana?

11:57:03 said...

Boleh tukar passport di Jabatan Imegresen Negara.