Sunday, August 8, 2010

Luas Pemandangan

Satu jenis percutian yang I tak gemar langsung adalah percutian gaya senang lenang. Yakni aktiviti lasak berada di tahap paling minimum, makan seperti berhari-raya, tidur seperti raja.


Kalau percutian bulan madu, tak apa. Kalau setakat bercuti 3, 4 hari di pulau sekian-sekian, kemudian ambil pakej seperti bergoyang kaki di rumah, baik kau duduk di rumah saja. Sebab itu I susah untuk dapat travel companion. Kalau dapat I sebagai trip mate, memang kerahan tenaga akan berlaku.


Percutian yang menarik bagi I adalah percutian lasak, di mana kau rasai semua benda, jalani cara hidup masyarakat di sana, makan cukup-cukup saja dan tidur sebagai buat syarat cuma. Mahu bersenang-lenang, tempah saja hotel di Kuala Lumpur, tidur dan spa 2 hari. Buat apa bercuti mahal-mahal di negara luar kalau setakat mahu menyimpan tenaga. Kan?


Otherwise, pergi berbulan madu. Itu memang wajib bersenang lenang di dalam bilik hotel.


4 comments:

Anonymous said...

Kalau I pergi bercuti membawa kedua-dua madu, ia harusla mempunyai unsur-unsur adventure.

Kiranya I pergi dengan salah satu madu, ia harusla mengandungi unsur-unsur berbulan madu.


-Teratai layu di tasik madu

11:57:03 said...

Haha.

Hoi you tahu tak blog ni blog yang serius?

Anonymous said...

hahahah i pun begitu. nak yang lasak. and aware yang blog ni blog serious. sapelah anonymous tuh.

Anonymous said...

Anonymous tu perempuan cantik dan pandai dan panas baran.



-honey lemon tea