Thursday, August 5, 2010

Hitam Buntut Kuali

One of the many things I don't understand about Malay culture in finding partners is this. Our obsession with fair-skinned Malays. I mean, your obsession, most malay men's obsession.


Kalau perempuan, walaupun kau cantik, berhidung mancung, bermata bulat galak, berbibir penuh dan merah warnanya, kau tetap tak menarik sekiranya kulit kau tidak cerah. Ini konsep biasa masyarakat Melayu.


Bila I ingat balik waktu zaman sekolah dulu, tentang macam mana budak-budak lelaki went crazy over some girls solely for their fair skin, kemudian bila I tengok semula para perempuan ini setelah mereka melepasi puberti, honest to God, those girls yang bukan hot stuff ketika di sekolah adalah way way hotter sekarang. Jadi tidak hairanlah perempuan dari Kelantan akan mendapat perhatian luar biasa daripada kaum bukan sejenis.


Bekas kawan baik lelaki I adalah penyokong tegar konsep kulit cerah ini. Dia pernah bersuara tentang ciri utama gadis pilihan dia ialah kulit gadis tersebut mesti cerah. Lebih cerah daripada lelaki ini yang sememangnya cerah.


Maka, tidak hairanlah iklan-iklan produk kecantikan di televisyen banyak memaparkan konsep kecerahan kulit. Seakan membawa mesej; kalau tak putih, kau tak cantik langsung. Dan bekas lelaki-lelaki kegemaran I juga merupakan 'skin colour conscious'. Padahal I ni bukan lah cerah pun. Eh tidak, I bukan mahu menjadi anggur yang masam di sini. I cuma mengkritik konsep aneh kita.


Kalau sepuluh tahun lepas konsep ini digunapakai, I boleh terima. Tetapi bila konsep yang sama masih diagungkan, I jadi bingung. Tatkala dunia tergila-gilakan konsep warna 'tan', kita masih gilakan warna putih.


I pernah baca dulu, sumbernya I sudah lupa, tapi lebih kurang begini lah ceritanya. Di Barat bertahun-bertahun dulu, mereka yang berkulit putih pucat selalu digambarkan sebagai mereka yang miskin, manakala yang berkulit 'tan' digambarkan sebagai kaya. Maklumlah, di negara mereka, cuaca terlalu sejuk. Orang miskin tak mungkin mampu untuk melancong ke negara yang beriklim panas. Jadi, orang-orang kaya sajalah yang mampu menabur duit bercuti di pantai Bahamas yang secara langsungnya mendedahkan mereka kepada cahaya matahari yang menyumbang ke arah penukaran tona warna kulit.


Sampai sekarang, tanned skin dilabelkan sebagai cantik bagi mereka. Dan tidak bagi kita. Ayat pertama kalau mahu mencemuh orang pun kita akan kata begini;

"Dah lah kulit HITAM, buruk, ada hati nak rampas boyfriend aku." - ayat tipikal yang biasa didengari.


Cuma, pendapat I tentang kecerahan kulit adalah berbeza. I tak pernah merasakan putih itu cantik. Never. I lebih turned on pada perempuan yang berkulit warna rata, baik cerah atau gelap, kalau sedang-sedang lagi bagus. Definisi cantik bagi I ialah - kulit warna sedang, hidung mancung, mata bulat galak, bulu mata original lentik, tanpa make-up yang berlebihan, bibir merah, leher jinjang, ada pinggul yang bentuknya jelas (hourglass-shaped).


Okay, list I juga melampau. But no, I still cannot understand the obsession with fair skin. Asal putih, bajet cantik.


Nasib baik juga lelaki kegemaran I bukan begitu. Malah, kulit dia lebih cerah daripada I, which is no big issue to him. In fact, no issue at all. In fact, we never discuss skin tone simply because the issue is irrelevant. Jadi bila I dengar kritikan warna kulit dilontarkan pada sekian-sekian orang, I jadi marah. Padahal si pelontar kritikan itu bukan lah cantik pun. Cuma kulitnya sedikit cerah. Hidung mungkin pesek, mata mungkin kecil, kening bercantum, gigi rongak, bau badan busuk. Kemudian ada hati mahu hakimi orang lain.


Dulu I pernah cakap. Melayu sama Melayu mesti saja mahu berperangai bangsat.


We were not born flawless. Senang cakap.


2 comments:

iXa said...

I cantik. Sekian.

11:57:03 said...

I tak perasan pulak. Sekian.