Friday, October 22, 2010

Objek

Ini ialah sebuah bot atau sampan kalau kau mahu tukar terma. Fungsi tetap sama, membelah laut dan sungai ke arah destinasi tertentu.


Ini ialah sebuah kitab atau buku kalau mahu terma yang berbeza. Fungsi tetap sama, membelah setiap halaman ke arah maklumat tertentu.


Ini ialah sebuah kehidupan atau dunia dalam terma yang lain. Fungsi tetap sama, membelah fikrah manusia ke arah tujuan tertentu.


Ini ialah aku, atau kau dalam kata ganti diri yang berbeza. Fungsi tetap sama, cuma objeknya berbeza. Aku dan kau, walaupun serupa dalam pelbagai segi, jiwa kita tetap dua.


No comments: